Just Untuk Rujukan

Artikel oleh: Kirosaki

Ini adalah ‘verdict’ yang dipetik daripada “Digital Camera Megazine” isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999.

Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.

Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Petikan yang Dipetik Dari FotoTeacher

~ by kekatu on December 31, 2008.

4 Responses to “Just Untuk Rujukan”

  1. terima kasih cekgu KATAK!~

  2. yap2 agree.apa yang penting kreativiti.kalau creative pakai compact camera pun gamba boleh jadik cun. 🙂

  3. betul2.sangat setuju. xgne kalau beli kamera mahal, but gmbar yg di ambil x kreatif etc. aku gne canon tpi aku akui nikon mmg ade kualiti gmbar tu sket, but then aku x kisah pun. sebab it’s the effort that counts at the end

  4. setujuuuuuuuuuuuuu

Leave a comment